Monday 15 September 2014

Limau Nipis

Dah setahun blog ni koma. Entri Limau Nipis ni kononnya untuk sedar kembali dari koma yang lama itu..

Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau nipis ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh daripada serangan virus. Vitamin C yang tinggi dalam buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Juga, sejumlah mineral, potassium yang terkandung dalamnya      bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung.


Sementara, rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan untuk membuang toksin terbesar dibandingkan dengan buah-buah lain. Rasa masam dan unsure pectin yang terkandung dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. 
Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan minum segelas besar air kosong setiap jam berikutnya.

Sunday 9 June 2013

Makanan Siam

Pelbagai makanan Siam yang unik

Semua makanan unik ini dirakam di Khlong Hae 

Floating Market, 

Hat Yai




Terima kasih untuk seorang 
rakan (PheeTi ส่าหรีสี) yang berdarah
campuran Siam atas koleksi
gambar-gambar ini

TERIMA KASIH 
All rights reserved ® by ashitaaria.blogspot.com

 

Tuesday 28 May 2013

MIKRO PENGAJARAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MAKRO PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh              :           15.04.2013
Masa                :           10.00 pagi – 10.40 pagi
Kelas               :           4 KP
Matapelajaran  :           Katering Dan Penyajian
Tema                :           Kek Hari Jadi
Fokus Utama    :           Menghias kek mengikut kreativiti
Fokus Sampingan:        Susun atur kerja dan mengamalkan kebersihan tempat bekerja.
Objek pengajaran:
Pada akhir pengajaran ini, murid akan dapat:-
i)                    Menghias kek mengikut kreativiti masing-masing
ii)                   Disiplin semasa bekerja di dalam bengkel
iii)                 Menitikberatkan kebersihan semasa melakukan aktiviti
Pengisian Kurikulum:-
Ilmu      :           Pendidikan kesihatan
Nilai     :           Kebersihan, kekemasan

1.Kemahiran Bernilai Tambah
  •            Menjana idea
  •            Kecerdasan pelbagai – menyanyi spontan
  •            Kreatif

2.BBM
  •         Kek kecil
  •        Bahan Hiasan kek
  •       kek yang telah dihias



Masa/ Langkah


Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan
Induksi Set

5 minit
1.Soalan lisan
a)Pernahkah kamu menyambut majlis hari jadi?


b)Apakah yang perlukan dalam sesuatu Majlis Sambutan Hari Jadi?

Jawapan:   Kek Hari Jadi

c)Siapakah yang menyambut hari jadi pada bulan ini?

1.Guru bersoal jawab tentang Sambutan Majlis Hari Jadi.

2.Guru memilih seorang pelajar untuk Majlis Sambutan Hari Jadi namanya Shaidatul.

3.Murid menyanyi lagu Selamat Hari Jadi secara spontan.

4.Guru mengeluarkan kek hari jadi dan menyanyi beramai-ramai sambil meniup lilin.

BBM
1.Lirik lagu (lampiran)

KBT
Kemahiran Bernilai Tambah:-
a)Menjana idea
Langkah 1
  5 minit
1.Apakah hiasan yang terdapat pada kek yang ditunjukkan?

Jawapan:
i)Aising, bunga ros, warna kek pisau kek,buah-buahan segar.

1.Bersoaljawab berkaitan kek

2.Murid menjawab soalan secara spontan
BBM:-
i)Kek

KBT:-
Menjana idea

Langkah 2      
10 minit
1.Murid memberi perhatian

2.Murid menyebut langkah menghias kek yang telah ditunjukkan

i)Memasukkan aising kedalam plastik dan nozzel untuk mendapat bentuk bunga dan daun

ii)Murid digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing untuk hiasan tambahan

1.Tunjukcara menghias kek kecil oleh guru

2.Guru memperkenalkan bahan yang digunakan untuk menghias kek
-aising
-kek yang belum berhias
- bahan hiasan kek-bunga
3.Guru menyoal kembali langkah-langkah yang telah ditunjukkan.
BBM:-
Bahan hiasan kek
-sebiji kek
-aising yang telah siap

KBT:-
i)Kreatif
ii)Menjana idea
Langkah 3
10 minit
1.Murid menerima kek dan bahan hiasan

2.Murid melakukan aktiviti menghias
1.Guru mengedarkan kek kecil  telah dihias tadi untuk contoh kepada pelajar.

2.Guru mengarahkan murid menghias kek seperti yang telah ditunjukkan.
3.Murid digalakkan menggunakan idea sendiri untuk menghias kek dengan lebih menarik



BBM
i)Hiasan kek
ii)44 biji kek
iii)Kek kecil yang telah dihias.
Langkah 4  
5 minit  
1.Murid mengikut arahan

2.Soalan lisan:
i)Hiasan kek yang manakah paling menarik
ii)Mengapa?
-warna, bentuk bunga, hiasan tambahan
1.Guru mengarahkan murid menghantar kek yang telah siap dihias ditempat yang telah disediakan.

2.Guru bersoaljawab berkaitan dengan hiasan kek dari segi kekemasan, kebersihan, rupa

3.Murid memberi penilaian kepada setiap kek yang telah dihasilkan

BBM:-
i)44biji kek kecil

KBT:-
i)Kecerdasan pelbagai

Penerapan  nilai
i)Kebersihan
ii)Kekemasan
Penutup
5 minit
1.Murid melakukan aktiviti
1.Murid dan guru menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ sambil pelajar yang menyambut hari jadi memotong kek

2.Guru dan murid menikmati kek hari jadi

3.Guru mengarahkan murid mengemas meja kerja masing-masing


BBM:-
i)Kek hari jadi, pisau kek

LAMPIRAN

Lagu selamat Hari Jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi syaidatul
Selamat hari jadi

AKTIVITI MENGHIAS KEK SEMASA P&P