Sunday 9 June 2013

Makanan Siam

Pelbagai makanan Siam yang unik

Semua makanan unik ini dirakam di Khlong Hae 

Floating Market, 

Hat Yai




Terima kasih untuk seorang 
rakan (PheeTi ส่าหรีสี) yang berdarah
campuran Siam atas koleksi
gambar-gambar ini

TERIMA KASIH 
All rights reserved ® by ashitaaria.blogspot.com

 

Tuesday 28 May 2013

MIKRO PENGAJARAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MAKRO PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh              :           15.04.2013
Masa                :           10.00 pagi – 10.40 pagi
Kelas               :           4 KP
Matapelajaran  :           Katering Dan Penyajian
Tema                :           Kek Hari Jadi
Fokus Utama    :           Menghias kek mengikut kreativiti
Fokus Sampingan:        Susun atur kerja dan mengamalkan kebersihan tempat bekerja.
Objek pengajaran:
Pada akhir pengajaran ini, murid akan dapat:-
i)                    Menghias kek mengikut kreativiti masing-masing
ii)                   Disiplin semasa bekerja di dalam bengkel
iii)                 Menitikberatkan kebersihan semasa melakukan aktiviti
Pengisian Kurikulum:-
Ilmu      :           Pendidikan kesihatan
Nilai     :           Kebersihan, kekemasan

1.Kemahiran Bernilai Tambah
  •            Menjana idea
  •            Kecerdasan pelbagai – menyanyi spontan
  •            Kreatif

2.BBM
  •         Kek kecil
  •        Bahan Hiasan kek
  •       kek yang telah dihias



Masa/ Langkah


Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan
Induksi Set

5 minit
1.Soalan lisan
a)Pernahkah kamu menyambut majlis hari jadi?


b)Apakah yang perlukan dalam sesuatu Majlis Sambutan Hari Jadi?

Jawapan:   Kek Hari Jadi

c)Siapakah yang menyambut hari jadi pada bulan ini?

1.Guru bersoal jawab tentang Sambutan Majlis Hari Jadi.

2.Guru memilih seorang pelajar untuk Majlis Sambutan Hari Jadi namanya Shaidatul.

3.Murid menyanyi lagu Selamat Hari Jadi secara spontan.

4.Guru mengeluarkan kek hari jadi dan menyanyi beramai-ramai sambil meniup lilin.

BBM
1.Lirik lagu (lampiran)

KBT
Kemahiran Bernilai Tambah:-
a)Menjana idea
Langkah 1
  5 minit
1.Apakah hiasan yang terdapat pada kek yang ditunjukkan?

Jawapan:
i)Aising, bunga ros, warna kek pisau kek,buah-buahan segar.

1.Bersoaljawab berkaitan kek

2.Murid menjawab soalan secara spontan
BBM:-
i)Kek

KBT:-
Menjana idea

Langkah 2      
10 minit
1.Murid memberi perhatian

2.Murid menyebut langkah menghias kek yang telah ditunjukkan

i)Memasukkan aising kedalam plastik dan nozzel untuk mendapat bentuk bunga dan daun

ii)Murid digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing untuk hiasan tambahan

1.Tunjukcara menghias kek kecil oleh guru

2.Guru memperkenalkan bahan yang digunakan untuk menghias kek
-aising
-kek yang belum berhias
- bahan hiasan kek-bunga
3.Guru menyoal kembali langkah-langkah yang telah ditunjukkan.
BBM:-
Bahan hiasan kek
-sebiji kek
-aising yang telah siap

KBT:-
i)Kreatif
ii)Menjana idea
Langkah 3
10 minit
1.Murid menerima kek dan bahan hiasan

2.Murid melakukan aktiviti menghias
1.Guru mengedarkan kek kecil  telah dihias tadi untuk contoh kepada pelajar.

2.Guru mengarahkan murid menghias kek seperti yang telah ditunjukkan.
3.Murid digalakkan menggunakan idea sendiri untuk menghias kek dengan lebih menarik



BBM
i)Hiasan kek
ii)44 biji kek
iii)Kek kecil yang telah dihias.
Langkah 4  
5 minit  
1.Murid mengikut arahan

2.Soalan lisan:
i)Hiasan kek yang manakah paling menarik
ii)Mengapa?
-warna, bentuk bunga, hiasan tambahan
1.Guru mengarahkan murid menghantar kek yang telah siap dihias ditempat yang telah disediakan.

2.Guru bersoaljawab berkaitan dengan hiasan kek dari segi kekemasan, kebersihan, rupa

3.Murid memberi penilaian kepada setiap kek yang telah dihasilkan

BBM:-
i)44biji kek kecil

KBT:-
i)Kecerdasan pelbagai

Penerapan  nilai
i)Kebersihan
ii)Kekemasan
Penutup
5 minit
1.Murid melakukan aktiviti
1.Murid dan guru menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ sambil pelajar yang menyambut hari jadi memotong kek

2.Guru dan murid menikmati kek hari jadi

3.Guru mengarahkan murid mengemas meja kerja masing-masing


BBM:-
i)Kek hari jadi, pisau kek

LAMPIRAN

Lagu selamat Hari Jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi syaidatul
Selamat hari jadi

AKTIVITI MENGHIAS KEK SEMASA P&P





KATERING DAN PENYAJIAN: OBJEKTIF MATA PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN

TAJUK :MATA PELAJARAN VOKASIONAL(MPV)
              
               KATERING DAN PENYAJIAN

               OBJEKTIF MATA PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN 

Objektif  mata pelajaran Katering dan Penyajian adalah untuk membolehkan pelajar:

1.      Menyedia ,memasak,menghias,menghidang dan mengepek makanan
2.      Merancang menu untuk jualan makanan dan sambutan majlis perayaan
3.      Membuat pengiraan kos dalam penyediaan makanan .
4.      Merancang prosedur kerja semasa menyedia dan memasak dalam projek kerjaya
5.      Mengguna peralatan memasak ,menghidang dan mengepek makanan.
6.      Menyusun atur kelengkapan perabot penyajian dan peranggu meja seta melayan pelanggan.
7.      Mengamalkan etika kerja dalam penyediaan dan perkhidmatan penyajian makanan.
8.      Menyedia rancangan perniagaan yang mudah.

(Dipetik dari sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran Katering dan penyajian PPK)

MODUL PEMBELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN

MODUL 1     HIDANGAN ASAS
                     UNIT 1.1: MINUMAN
                     UNIT 1.2: KUIH TEMPATAN
                     UNIT 1.3: HASIL BIJIRIN
                     UNIT 1.4: BISKUT
                     UNIT 1.5: PASTRI

MODUL 2     HIDANGAN LENGKAP DAN SEIMBANG
                      2.1.1 SARAPAN
                      2.1.2 MINUM PAGI
                      2.1.3 MAKAN TENGAHARI ATAU MAKAN MALAM
                      2.1.4 MINUM PETANG ATAU SUPPER

Wednesday 24 April 2013


MENGHIAS KEK
Tujuan menghias kek

1.
Mencantikkan rupa kek

2.
Menambahkan  rasa pada kek


Perkara yang dipertimbangkan semasa menyediakan aising

1.
Ayak gula aising dengan pengayak halus

2.
Gunakan bekas yang kering

3.
Apabila memasukkan pewarna ke dalam aising, 
gunakan skewer atau camca teh yang bersih

4.
Kombinasi warna tidak melebihi tiga warna

5.
Aising mesti cukup tebal untuk membalut kek

6.
Gunakan reka bentuk yang mudah tetapi menarik

7.
Jenis aising yang digunakan hendaklah sesuai 
dengan jenis kek



Peraturan mengaising kek

1.
Kek hendaklah disejukkan terlebih dahulu (24 jam)

2.
Permukaan kek mestilah rata. Kek yang tidak rata 
akan merosakkan rupa dan bentuk kek

3.
Gunakan permukaan bawah kek sebagai permukaan atas 
untuk diaising kerana permukaan bawah lebih rata 
dan licin daripada permukaan atas.

4.
Bersihkan habuk di permukaan kek sebelum diaising

5.
Letakkan kek di atas bekas ( pelapik kek) 
sebelum diaising


Menjaga corong aising

1

Aising yang melekat pada corong hendaklah dibuang 
dengan segera kerana jika dibiarkan lama aising 
menjadi keras

2.
Rendam corong dalam air panas selepas digunakan 
supaya gula dan lemak cair

3.
Basuh, bilas dan keringkan sebelum disimpan


KEK SATU LANGKAH


KEK SATU LANGKAH
Kaedah ini adalah paling ringkas kerana semua bahan seperti tepung, gula, lemak, telur dan cecair diputar sekali gus. Ia juga menjimatkan masa. Kek ini boleh dihidangkan untuk minum teh petang, majlis keraian dan makanan bekal
Kek satu langkah boleh disediaan dengan dua cara:






a)
Menggunakan bahan penstabil

b)
Tidak menggunakan bahan penstabil


Menggunakan bahan penstabil

a)
Putar tepung, telur, gula, susu tepung dan bahan penstabil sehingga sebati dalam mangkuk adunan. Bahan penstabil membantu proses memasukkan udara ke dalam adunan.

b)
Panaskan mentega hingga cair dan sejukkan

c)
Masukkan mentega cair ke dalama adunan dan putar lagi

d)
Cara ini dpat menghasilkan kek yang ringan dan tekstur yang lembab kerana adanya bahan penstabil


Tidak menggunakan bahan penstabil

a)
Putar tepung, gula, mentega dan telur   hingga sebati

b)
Cara ini dapat menghasilkan tekstur kek yang mampat sedikit dan lembab



Bahan yang digunakan


1.


Tepung

Gunakan tepung naik sendiri, kerana kek satu langkah memerlukan bahan penaik yang banyak

2.
Gula
Gula halus sesuai kerana ia mudah larut

3.
Lemak
Lemak sayur-sayuran atau mentega yang telah dilembutkan

4.
Telur
Disimpan pada suhu bilik



KESILAPAN DAN PUNCA

Bil


Kesilapan

Punca

1

Tekstur yang rapat dan bantat

a)      Kek tidak cukup putar menyebabkan udara tidak banyak terperangkap
b)      Kuantiti serbuk penaik kurang
c)      Ketuhar terlalu panas menyebabkan adunan   set sebelum udara di dalamnya kembang



2.

Tekstur kasar dan terbuka

a)      Kuantiti serbuk penaik atau bahan penstabil banyak
b)      Kadar sukatan di antara lemak daan tepung tidak tepat
c)      Ketuhar terlalu panas