Wednesday 24 April 2013

KEK SATU LANGKAH


KEK SATU LANGKAH
Kaedah ini adalah paling ringkas kerana semua bahan seperti tepung, gula, lemak, telur dan cecair diputar sekali gus. Ia juga menjimatkan masa. Kek ini boleh dihidangkan untuk minum teh petang, majlis keraian dan makanan bekal
Kek satu langkah boleh disediaan dengan dua cara:






a)
Menggunakan bahan penstabil

b)
Tidak menggunakan bahan penstabil


Menggunakan bahan penstabil

a)
Putar tepung, telur, gula, susu tepung dan bahan penstabil sehingga sebati dalam mangkuk adunan. Bahan penstabil membantu proses memasukkan udara ke dalam adunan.

b)
Panaskan mentega hingga cair dan sejukkan

c)
Masukkan mentega cair ke dalama adunan dan putar lagi

d)
Cara ini dpat menghasilkan kek yang ringan dan tekstur yang lembab kerana adanya bahan penstabil


Tidak menggunakan bahan penstabil

a)
Putar tepung, gula, mentega dan telur   hingga sebati

b)
Cara ini dapat menghasilkan tekstur kek yang mampat sedikit dan lembab



Bahan yang digunakan


1.


Tepung

Gunakan tepung naik sendiri, kerana kek satu langkah memerlukan bahan penaik yang banyak

2.
Gula
Gula halus sesuai kerana ia mudah larut

3.
Lemak
Lemak sayur-sayuran atau mentega yang telah dilembutkan

4.
Telur
Disimpan pada suhu bilik



KESILAPAN DAN PUNCA

Bil


Kesilapan

Punca

1

Tekstur yang rapat dan bantat

a)      Kek tidak cukup putar menyebabkan udara tidak banyak terperangkap
b)      Kuantiti serbuk penaik kurang
c)      Ketuhar terlalu panas menyebabkan adunan   set sebelum udara di dalamnya kembang



2.

Tekstur kasar dan terbuka

a)      Kuantiti serbuk penaik atau bahan penstabil banyak
b)      Kadar sukatan di antara lemak daan tepung tidak tepat
c)      Ketuhar terlalu panas





5 comments: