Wednesday 24 April 2013

KUIH TEMPATAN

UNIT 1.2 KUIH TEMPATAN
OBJEKTIF UNIT
Pada akhir pembelajaran unit ini murid boleh:
1.
Menyedia, memasak, menghias, menghidang, mengepek dan membuat pengiraan kos kuih tempatan manis dan savouri

2.
Menggunakan sumber bahan tempatan

3.
Menggunakan peralatan yang sesuai dan selamat semasa memasak dan mengepek makanan

4
Menerangkan pengertian kuih tempatan

5.
Menyatakan kuih tempatan manis dan savouri


MAKLUMAT RUJUKAN
1.
Kuih tempatan ialah kuih yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, pisang, tepung pulut, tepung beras, kacang hijau, kelapa, sagu dan gula melaka

2.
Ia kaya dengan karbohidrat dan lemak tetapi kekurangan protein dan vitamin

3.
Kuih tempatan mudah disediakan, sedap dan harganya agak murah

4.
Ia dibuat manis atau savouri

5.
Kuih tempatan sesuai dihidang untuk:
·         Snek
·         Teh petang
·         Dessert
·         Jamuan
·         Makanan bekal

6.
Terdapat pelbagai jenis kuih tempatan seperti:
·         Buah Melaka
·         Kuih Keladi
·         Kuih Keria
·         Pulut Panggang
·         Lepat Pisang

7.
Pelbagai kaedah digunakan untuk memasak kuih tempatan seperti:
·         Mengukus
·         Merebus
·         Menggoreng
·         Membakar

Kuih Tempatan: Kuih Tako


Bahan:

Lapis Bawah:
     30     gm tepung jagung
     50     gm gula kastor
     50     ml  jus daun pandan
     250   ml air
      4      biji sengkuang cina / jagung /
              tembikai susu / sengkuang

Lapis Atas:
     15     gm tepung beras
     300   ml santan
     ¼      camt garam
     20     biji takir daun pandan



Cara memasak
1.      Sukat tepung jagung, gula, santan, air dan jus daun pandan
2.      Sediakan takir daun pandan
3.      Kupas sengkuang cina / jagung / tembikai susu / sengkuang basuh dan potong brunoise
4.      Menyediakan Lapisan Bawah:
Masukkan tepung jagung, air dan gula dalam periuk. Kacau diatas api perlahan hingga pekat. Masukkan sengkuang cina / jagung / tembikai susu / sengkuang
5.      Tuang adunan kedalam takir separuh penuh
6.      Menyediakan Lapisan Atas:
Masukkan tepung jagung, santan dan garam dalam periuk. Kacau atas api perlahan hingga pekat
7.      Tuang adunan ke dalam takir yang berisi adunan lapis bawah tadi hingga penuh. Sejukkan dan hidang

2 comments:

  1. Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang mampu membantu penggemar kuih tempatan.

    ReplyDelete