Wednesday 24 April 2013


UNIT 3.5 KEK DAN HIASAN
MAKLUMAT RUJUKAN
KEK CARA PUTAR
Kek cara putar disediakan dengan memutar lemak dan gula hingga kembang. Sukatan asas untuk kek kaedah cara putar adalah kuantiti lemak lebih daripada setengah bahagian atau sama banyak dengan kuantiti tepung. Kek yang dibuat dengan cara ini lebih ringan daan gebu. Ia sesuai dihidang untuk jamuan ringan, minum petang, majlis keraian, perayaan dan makanan bekal.
Bahan utama membuat kek
1
Tepung gandum

Gunakan tepung yang baru dan berprotein rendah
2
Lemak
Lemak sayur-sayuran agak murah dan sering digunakan untuk membuat kek. Mentega lebih mahal tetapi dapat memberikan rasa yang lebih sedap dan kek tahan lebih lama. Lemak sayur-sayuran dan mentega juga boleh dicampur menjadi satu untuk membuat kek

3
Telur
Guna telur yang baru. Basuh kulit telur sebelum digunakan

4
Gula
Gula halus digunakan untuk membuat kek kerana ia lebih mudah sebati bila diputar bersama lemak

5
Perasa
Perasa serbuk hendaklah diayak bersama tepung. Perasa cecair seperti esen hendaklah dipukul bersama telur.


Suhu ketuhar

Kek


Suhu

Regulo

Masa

Kek mangkuk

190°C

5

15-20 minit

Kek buah-buahan
150°C
2
2 jam

Kek coklat
160°C
3
30-45 minit



No comments:

Post a Comment