Wednesday 24 April 2013

HIDANGAN HARIAN


UNIT 2.1 HIDANGAN HARIAN
OBJEKTIF UNIT
Pada akhir pembelajaran unit ini murid boleh:
1.
Menyedia, memasak, menghias, menghidang, mengepek dan membuat pengiraan kos hidangan berikut:


2.1.1
Sarapan
·         Nasi Lemak
·         Sambal Sotong / Ikan Bilis
·         Minuman berkhasiat


2.1.2
Minum pagi
·         Epok-epok Sayur
·         Kuih Lapis
·         Minuman merangsangkan


2.1.3
Makan Tenghari
Pembuka Selera
·         Sup Makaroni

Hidangan Utama
·         Nasi Putih
·         Ikan Masak Asam Pedas
·         Kalian Goreng

Dessert
·         Agar-agar buah Campuran

Minuman
·         Air Karrot Bersusu


2.1.4
Minum Petang
·         Tanduk Savouri
·         Koleh Kacang
·         Air Teh


2.1.5
Supper
·         Pizza Daging
·         Air Milo

2.
Menggunakan peralatan yang sesuai dan selamat semasa memasak, menghidang dan mengepek makanan

3.
Menyatakan pengertian hidangan harian yang jelas

Sarapan Pagi:  
Nasi Lemak Sambal Sotong Dan Air Milo


Bahan:

Nasi Lemak
      250 gm beras
      300 ml santan
1        cm halia (dimayang)
1          helai daun pandan (dimayang)
½    camt garam

Sambal Sotong
250 sotong kering
        20 biji cili kering
          2 ulas bawang putih
          4 ulas bawang merah
          1 biji bawang besar (dihiris)
        25 gm asam jawa
        50 ml air
        10 gm gula
20    camb minyak

Hiasan
       ½   biji timun
50    gm kacang tanah
2          biji telur rebus
4     helai daun pisang (digunting 1 cm  
kecil daripada saiz pinggan)

Air Milo

Bahan:

3           cams milo
1           liter air
4           cams gula
100 gm susu tepung




Cara memasak:

Memasak Nasi Lemak
1.      Basuh dan toskan beras
2.      Masukkan beras, santan, daun pandan, serai, halia dan garam ke dalam periuk. Didihkan hingga masak

Memasak Sambal Sotong
1.      Panaskan minyak dan tumis bahan kkisa hingga naik bau
2.      Masukkan sotong dan 50 ml air
3.      Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garaam
4.      Masak hingga kuah pekat



Menyedia air milo:

1.      Didihkan air. Masukkan sedikit air ke dalam teko untuk memanaskan teko. Buang air tersebut
2.      Tuang 1 liter air mendidih ke dalam teko. Masukkan milo, gula dan susu ke dalam teko dan kacau rata



No comments:

Post a Comment