Wednesday 24 April 2013

KEK CARA ENJUT


KEK CARA ENJUT
Telur dienjut bersama gula hingga kembang sambil memasukkan seberapa banyak udara ke dalam adunan. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit dengan cara kaup balikkan   untuk menghasilkan kek yang ringan, lembut dan gebu. Bahan penaik tidak digunakan kerana telur yang dienjut boleh menampung udara serta wap air dari cecair untuk menjadikan kek gebu.
Kek cara enjut tidak mengandungi lemak. Kek ini sesuai untuk minuman teh, jamuan, majlis keramaian dan snek.

Bahan yang digunakan:
1.
Tepung
Gunakan tepung gandum yang lembut atau protein rendah

2.
Gula
Gula halus menghasilkan tekstur yang licin dan rata

3.
Telur
Gunakan telur yang baru kerana ia mudah mengembang apabila dipukul dan menampung lebih banyak udara.

4.
Perasa
Gunakan esen jenis pekat. Kuantiti tepung yang dikurangkan hendaklah sama dengan kuantiti perasa seperti koko yang ditambah dalam adunan.



Suhu Ketuhar

Kek

Suhu

Regulo

Masa


Bahulu gulung

200 °C – 220 °C

7


7 – 10 minit

Bahulu Victoria


190 °C – 200 °C

5

10 – 15 minit



Kek Cara Enjut:   Kek hari lahir


Bahan:

Hiasan (mengikut kreativiti)
200 gm badam cincang
1        biji ceri
1        helai doili

Krim Mentega
60   gm mentega
130 gm gula aising
250 gm cream lite / cream well

Bahan kek
150 gm tepung / salt flour / optima /superfine
150 gula kastor
    5 biji telur (dipukul)
100 gm mentega cair

Langkah kerja:
Menyedia dan memasak

1.      Alas dan lenser acuan kek
2.      Panaskan ketuhar pada suhu 160  °C atau gas regulo no 3
3.      Ayak tepung
4.      Putar telur dan gula hingga kembang
5.      Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan perlahan-lahan dengan menggunakan camca logam.
6.      Masukkan mentega cair dalam adunan dan kacau hingga sebati
7.      Tuang adunan ke dalam acuan. Masukkan ke dalam ketuhar, bakar sekama 45 minit.

Menyediakan krim mentega
1.      Putar cream well hingga lembut. Masukkan gula dan mentega. Putar hingga gebu
2.      Masukkan susu pekat. Putar hingga sebati


Menghias dan menghidang
1.      Letakkan kek yang dilapik dengan pelapik kek / bod kek di atas turn table
2.      Salutkan kek dengan krim mentega. Ratakan dengan pisau pelepa hingga licin
3.      Gunakan beg aising dan nozzle untuk menghias bahagian atas daan tepi kek dengan baki krim men tega atau bahan hiasan lein mengikut kreativiti
4.      Hias kek mengikut kreativiti dan hidangkan

Mengepek
Pek kek span yang dihias dalam bekas yang sesuai.



3 comments: