Wednesday 24 April 2013

Kesilapan dan punca


Kesilapan dan punca

Bil

Kesilapan

Punca


1.

Tekstur yang rapat dan bantat

a)       Lemak dan gula tidak cukup diputar
b)      Telur tidak dipukul dengan cukup
c)      Adunan mendadih
d)     Terlalu banyak cecair
e)      Suhu ketuhar tidak cukup panas
f)       Serbuk penaik terlalu sedikit

2.
Kek kering
a)      Kuantiti serbuk penaik berlebihan
b)      Masa memasak terlalu lama dan api perlahan

3.
Tekstur kasar dan terbuka
a)      Kuantiti serbuk penaik berlebihan
b)      Kadar sukatan lemak ke tepung tidak tepat
c)      Lemak dan gula tidak cukup kembang
d)     Ketuhar terlalu panas

4.
Kek naik tidak rata
a)      Kek tidak diletakkan di tengah ketuhar
b)      Ketuhar tidak cukup panas ketika memasukkan kek
c)      Tetingkat ketuhar tidak rata

5
Kek lekuk ditengah
a)      Terlalu banyak cecair digunakan
b)      Pintu ketuhar dibuka sebelum kek set
c)      Ketuhar kurang panas
d)     Terlalu banyak bahan penaik digunakan

6.
Kek memuncak dan merekah di tengah
a)      Ketuhar terrlalu panas
b)      Kek diletakkan terlalu tinggi di dalam ketuhar
c)      Acuan kek telalu kecil



PERHATIAN


Lemak akan terasing daripada gula jika menggunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur menjadi beku dan menyebabkan adunan mendadih

Cara mengatasi perkara ini:
·         Masukkan sedikit tepung semasa adunan diputar
·         Letakkan mangkuk adunan dalam air suam dan putar adunan


No comments:

Post a Comment