Wednesday 24 April 2013


MENGHIAS KEK
Tujuan menghias kek

1.
Mencantikkan rupa kek

2.
Menambahkan  rasa pada kek


Perkara yang dipertimbangkan semasa menyediakan aising

1.
Ayak gula aising dengan pengayak halus

2.
Gunakan bekas yang kering

3.
Apabila memasukkan pewarna ke dalam aising, 
gunakan skewer atau camca teh yang bersih

4.
Kombinasi warna tidak melebihi tiga warna

5.
Aising mesti cukup tebal untuk membalut kek

6.
Gunakan reka bentuk yang mudah tetapi menarik

7.
Jenis aising yang digunakan hendaklah sesuai 
dengan jenis kek



Peraturan mengaising kek

1.
Kek hendaklah disejukkan terlebih dahulu (24 jam)

2.
Permukaan kek mestilah rata. Kek yang tidak rata 
akan merosakkan rupa dan bentuk kek

3.
Gunakan permukaan bawah kek sebagai permukaan atas 
untuk diaising kerana permukaan bawah lebih rata 
dan licin daripada permukaan atas.

4.
Bersihkan habuk di permukaan kek sebelum diaising

5.
Letakkan kek di atas bekas ( pelapik kek) 
sebelum diaising


Menjaga corong aising

1

Aising yang melekat pada corong hendaklah dibuang 
dengan segera kerana jika dibiarkan lama aising 
menjadi keras

2.
Rendam corong dalam air panas selepas digunakan 
supaya gula dan lemak cair

3.
Basuh, bilas dan keringkan sebelum disimpan


1 comment: