Wednesday, 24 April 2013

BISKUT



1.4 BISKUT
OBJEKTIF UNIT
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
1.
Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek biskut cara gaul dan ramas dan cara putar.

2.
Membuat pengiraan kos

3.
Menyukat dan menyimpan bahan.

4.
Menyatakan kaedah membuat biskut

5.
Menggunakan peralatan yang sesuai dan selamat semasa memasak, menghidang dan mengepek.

MAKLUMAT RUJUKAN
٭
Biskut diadun dengan menggunakan pelbagai kaedah. Kuantiti cecair yang digunakan ketika mengadun biskut adalah berbeza mengikut kaedah tertentu.


Dua kaedah membuat biskut adalah seperti berikut


·         Kaedah gaul dan ramas

Lemak dan tepung digaul ramas dengan menggunakan hujung jari untuk memerangkap seberapa banyak udara ke dalam adunan. Masukkan bahan perasa dan cecair untuk dijadikan doh.

·         Kaedah putar

Lemak dan gula diputar sebentar. Masukkan bahan perasa, cecair dan tepung untuk dijadikan doh

٭
Biskut dibakar dalam ketuhar sederhana panas atau suhu tinggi untuk menghasilkan biskut yang rangup dan rapuh

٭
Biskut sesuai dihidang untuk minum teh, snek, sarapan, supper, jamuan ringan dan hari perayaan





Bahan utama membuat biskut
1.
Tepung
-  
tepung gandum berprotein rendah sangat sesuai untuk membuat biskut. Bagi menghasilkan biskut yang rangup campurkan sedikit tepung jagung atau tepung beras ke dalam adunan biskut

2.
Lemak
-
Majerin, mentega, minyak makan dan minyak sapi

3.
Gula
-
Gula halus atau gula aising

4.
Cecair
-
Telur, susu atau air


Suhu Ketuhar

Gas Regulo

Masa


150 °C – 180 °C

No. 3 – 4

15 – 20 minit


Membentuk biskut
Biskut boleh dibentuk mengikut cara penyediaan atau kaedah yang digunakan semasa membuat biskut.

Bil

Bentuk Biskut

Tekstur Doh / Cara Membentuk

1.
Biskut tekan / Beg (bagged)
·         Doh yang lembut
·         Paip dengan beg pastri atau aising menggunakan corong aising
2.
Biskut longgok / Jatuhan (dropper)
·         Doh mengandungi bahan tambahan seperti kacang, buah-buahan kering atau coklat
·         Menggunakan sudu
3.
Biskut canai (rolled)
·         Doh yang agak keras
·         Doh dicanai dan diterap dengan penerap biskut
4.
Biskut acuan (moulded)
·         Doh dimasukkan ke dalam acuan atau dibentuk dengan tangan
5
Biskut peti ais (ice box)
·         Doh digulung dalam kertas dan disejukkan atau disimpan dalam peti ais
·         Doh dipotong nipis untuk dibakar
6.
Biskut batang (bar)
·         Doh dibuat dalam bentuk kepingan panjang dan dibakar
7.
Biskut berkeping (sheet)
·         Doh kental
·         Ia diratakan dan ditekan dalam dulang pembakar
·         Doh dibakar dan potong kepada kepingan kecil
8.
Biskut berinti
·         Doh kental
·         Inti seperti kacang, buah-buahan kering atau jem

Biskut:  Biskut Coklat chip


Bahan:

120 gm tepung gandum
100 gm lemak ( mentega / majerin )
25   gm gula peraang
60   gm coklat chip
30  gm badam tanpa kulit (dicincang kasar)
¼   camt esen vanilla



Cara memasak:

1.      Timbang tepung, lemak, gula, coklat chip dan badam
2.      Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan
3.      Putar gula dan lemak dalam mangkuk adunan
4.      Masukkan tepung, coklat chip dan badam. Gaul dengan spatula hingga menjadi doh
5.      Bentukkan biskut coklat chip menggunakan camca teh dan garfu ke atas dulang pembakar yang telah digris
6.      Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C atau regulo no.4 selama diantara 10 – 15 minit. Sejukkan diatas redai

No comments:

Post a Comment